Monday, March 16, 2015

Aktiviti Membuat Corak dan Rekaan- Ikat dan Celup

Seperti aktiviti Pualaman Buih Sabun, aktiviti Ikat dan Celup (Tie and Dye) juga merupakan aktiviti corak tidak terancang dalam bidang Membuat Corak dan Rekaan.

Aktiviti ini dilaksanakan supaya pelajar tidak terlalu terikat dengan teori semata-mata. Apabila pelajar sendiri menghasilkan sesuatu aktiviti secara amali, bukan sahaja dapat meningkat pengetahuan pelajar malahan kemahiran yang diperolehi nanti akan dapat digunakan apabila mengajar di sekolah nanti.

Alat dan bahan yang digunakan dalam aktiviti Ikat dan Celup ini seperti kertas tisu dapur, getah, pewarna batik atau pewarna makanan (warna air atau warna poster boleh juga digunakan). Anda juga boleh menggunakan kain dan T Shirt putih.

Cara-caranya: Kertas tisu dilipat-lipat hingga kecil kemudian diikat dengan getah. Ini adalah kerana hasil lipatan itu akan menghasilkan corak tidak terancang yang menarik. Jika tidak mahu lipat boleh juga guna teknik pusar atau spiral. Selepas dilipat dan diikat dengan getah ,  tisu tersebut akan dibasahkan dengan warna dengan cara mencelup pada warna atau meletakkan warna pada tisu tersebut dengan menggunakan berus lukisan .

Cara menghasilkan teknik putar (Spiral) boleh rujuk video di bawah:


Menarik teknik putar (Spiral)  yang dihasilkan dalam video di atas bukan?. 

Lihatlah hasil pelajar saya...Sangat mengagumkan...

Pelajar sedang melipat tisu dapur
Aktivit mewarna
Hasilnya begini.
Bangga dengan hasil karya
Hasil Ikat dan Celup Secara Putar (Spiral)





Walaupun kali pertama menghasilkan aktiviti Ikat dan Celup ini,  hasilnya sangat cantik dan menarik. Ini membuatkan mereka cukup seronok dan tersenyum bangga . ` Hilang stress,  puan'. kata pelajar saya.

No comments:

Post a Comment

Majlis Apresiasi dan Karnival e-Inovasi Pendidikan (MAKIP 2020)

 Majlis Apresiasi dan Karnival e-Inovasi Pendidikan (MAKIP 2020) telah dijalankan pada 13 Ogos 2020 yang lalu di Dewan Dato' Razali Ism...